Tuesday, August 17, 2010

KATA-KATA HIKMAH

LIRIK 1 MALAYSIA

LAGU 1MALAYSIA

Berdiri teguh di bumi nyata

Untuk Semangat Satu Malaysia

Sepakat Rakyat Didahulukan

Pencapaian Diutamakan

 
Perpaduan Merapat-rapat

Toleransi kaum amalan bersama

Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia


Dalam capai satu tujuan

Tanggungjawab kita semua

Jadi teras bangsa mulia

Kita bina Satu Malaysia

 
[Korus]

Satu Malaysia jadi pegangan

Rukun negara teras panduan


Satu Malaysia benteng negara

Rakyat Malaysia taat setia

 
[Ulang Korus 2x]

Satu Malaysia untuk semua


Pencipta Lagu : Nik Nizam

Penulis Lirik : Lokgha

PENGAT 1 MALAYSIA


Salam satu Malaysia untuk semua dan juga selamat menyambut hari kemerdekaan ke-52. Sempena hari bersejarah ini, mat pun buat lah satu jenis pengat yang dalam dia ada macam2 benda, ibarat negara kita yang masyarakatnya majmuk ada 3 kaum besar, Melayu, Cina dan India dan banyak lagi kaum2 lain. Lepas tu bila dah duduk selonggok dalam satu komuniti, mulalah terjadinya perkahwinan campur pulak...cina kawin dengan india, anak dah rupa ala2 melayu, india kawin dengan melayu, anak macam hindustan, cina kawin dengan melayu, anak jadi jadi modern "peranakan"..ahaks, hambik koo!!....kira all blended into one gitu u...
Ni, kira pengat biasa2 je...Jadi resipi pun senang sangat. Orang2 belah Johor kan suka tau makan pengat dan manisan macam ni terutama bulan2 puasa. Rasa tu bergantung lah, tapi yang sedap, pengat yang rasa manis2 manja gitu..bukan jenis manis peringkat "ICU"...serammm kann...Resipi bawah ni asal kejadiannya agak banyak, jadi buat ikut kesuaian masing2 yeaa..
BAHAN-BAHANNYA :-)

2 cawan ubi keladi yang didadu

2 cawan ubi keledek yang didadu (pilih yang warna oren)

2 cawan ubi kayu yang didadu

2 cawan labu manis yang didadu

1/3 cawan bubur cha-cha

2 camca besar biji sagu rumbia

1 1/2 liter santan cair

500 ml pati santan

2 helai daun pandan, disimpul

1 ketul gula melaka, dihiris*

2 cawan gula pasir*(*dimasak hingga larut dan tapis)

CARA MEMBUATNYA :-)
Keladi direbus hingga lembut, toskan.Bubur cha-cha dicuci dan rebus hingga lembut, toskan. Biji sagu rumbia dicuci dan toskan. Dalam periuk, masukkan ubi, keledek, daun pandan dan biji sagu rumbia, masak hingga mendidih dan sederhanakan api dan masak hingga keledek dan ubi 1/2 lembut, masukkan labu dan masak hingga lembut.

Tambah keladi, air gula dan bubur cha-cha tadi (gula ni agak2 lah, kalau bulan tak puasa boleh lah rasa, kecuali kat rumah ada "ah kak" yang tak leh puasa!!!). Tambah 1/4 camca teh garam. Biar mendidih.

Tambah santan pekat dan masak lagi 1 - 2 minit, kacau sekali sekala. Matikan api dan hidangkan semasa berbuka puasa...Gula tu tadi kalau rasa macam byk sangat, jgn masukkan habis, masa berbuka tu kalau rasa kurang manis, boleh lah tambah sikit lagi air gula merah tadi....

RESEPI 1 MALAYSIA

memandangkan saya ialah penyokong tegar 1Malaysia, saya dengan penuh anggunnya ingin berkongsi 1rasa, 1cita, 1 resepi bersempena hari kemerdekaan ke53 ini.

resepi ini ringkas dan tidak akan memakan masa yg lama untuk disediakan. seperti dato khatijah ibrahim juga, menggunakan tagline beliau

"jadikan masakan pengikat kasih sayang"

maka, resepi kali ini memang dicipta khas untuk melambangkan keharmonian dan perpaduan yg diamalkan rakyat Malaysia yg berbilang bangsa. anda akan lihat simbolik di sebalik resepi pada kali ini. *ok saya tak perlu membebel, kan? *
bahan-bahan yg diperlukan
buah-buahan tempatan dan antarabangsa
sos salad buah-buahan
kerajinan dan ketekunan memotong buah-buahan yg kecil
maka, buah yg terpilih untuk resepi kali ini ialah

 oren sunkist = melambangkan orng melayu (jgn tanya kenapa)


tembikai (atau di kelantan dpanggil timun cina kerana dipercayai dtg dri negara cina) = melambangkan orang cina

 anggur merah = melambangkan orang india (anda tahu kenapa, dan anggur bukan berasal dr india!)


epal hijau = melambangkan kaum-kaum lain di Malaysia. (haha, mengarut tul)

seterusnya,

buahan tersebut dipotong dadu-dadu dan pada tugasan ini ketekunan dan kesabaran yg tinggi diperlukan. habis semua dibelasah cukup-cukup, humbankan mereka ini kedalam satu bekas yg besar yg dapat memuatkan semua.



bekas = melambangkan tanah air , so maksudnya Malaysia


*kantoi ibu yg gaulkan*

so, berdasarkan rajah di atas, masukkan 4 senduk sos salad buah-buahan. sebenarnya lagi banyak sos lagi sedap tapi disebabkan saya kedekut (sos mahal kot!), saya catukan kuantiti sos.



sos salad = melambangkan cabaran dan halangan dlm menyatupadukan kaum-kaum



gaul gaul gaul gaul gaul gaul gaul gaul *ulang 10 kali*

dah nampak sebati, rasa sikit.. ha, kantoi tak puasa. oh disinggah bulan, xpa2.

dah puas hati mengayang buah-buahan ini, masukkan dlm peti ais untuk lebih rasa sensasi!
ha, nak sebatikan sos ini bukan senang. ini simbolik menunjukkan betapa sukarnya nk memupuk perpaduan antara kaum sebenarnya. apabila dah sebati cantik, sedap rasanya. samalah kita, bila perpaduan dah dicapai, aman damailah hidup kita!!

maka, inilah hasilnya!!
                                      Salad 1Malaysia

*bunyi nama resepi ni teruk dan x elegen tapi terpaksalah*

selamat mencuba!!!